Saturday, December 27, 2008

APA MR DANIAL CAKAP BENAR

Sila baca apa yang diluahkan oleh Mr Danial ini kerana itulah yang terjadi.
http://dreambizteam.blogspot.com/2008/12/facts-that-u-might-want-to-know.html


Saya juga bersimpati dengan Mr Danial. Saya tahu apa yang beliau alami. Saya alami benda yang sama. Malahan saya terima sms, call dan email dari KL, Brunei, Sarawak, Singapore, Indonesia bertanyakan BW macamlah BW ini saya yang punya.. Bukan saya tidak simpati dengan nasib yang semua ahli BW alami kerana duit saya sendiri hampir RM80,000 sangkut dalam cash wallet. Saya, Tom, Melvin, Maureen dari Kamal Group tekad mahu menjayakan ODBB agar dapat membantu downline tetapi sayangnya upline kami hilang entah ke mana. Janji tinggal janji, kamilah yang terpaksa menanggung beban.

Untuk info sejarah penglibatan saya dalam BW ini bermula pd 26 May 2008 dan direct sponsor saya Mr Zakaria (Zack). Dialah juga yang memperkenalkan kami dengan Uplinenya Encik Kamal Black. Kerana Encik Kamal adalah E-Trader, semua pembelian pin untuk register pakej2 besar seperti VIP, Platinum adalah dibeli dari Encik Kamal dan 100% dari ahli di bawah saya belum pernah terima wang tunai dari pendapatan bonus pelaburan mereka. Semua seperti saya stuck dalam cash wallet. Bagi pakej promosi Buy 2 Free 1 platinum yang ada saya tawarkan pula pinnya adalah saya beli dari Mr. T sendiri dan bukannya menggunakan pin saya.
Bila BW bermasalah, tinggallah kami "lugai2" dan terpaksa tebalkan muka minta tolong dapatkan info dari Mr Danial kerana upline sendiri entah ke mana. Saya terpaksa cakap terus terang kerana saya pula jadi sasaran. Maaf jika terkasar tapi jika anda tertipu, rasanya duit saya lebih banyak sangkut dalam BW. Hubungilah BOS BW untuk maklumat selanjutnya kerana sedikitpun saya tak tahu tentang cerita BW ini!!!!

Thursday, December 11, 2008

RM38.22

Account number 160027229720
Account details
Account Details
M2U history
Today's Transactions
Transaction history
Transaction date Description Debit Credit
04-Dec-2008 FUND TRANSFER TO A/C RM38.22
04-Dec-2008 TRANSFER FROM A/C RM216.00
01-Dec-2008 PYMT FROM A/C RM100.00
27-Nov-2008 TRANSFER FROM A/C RM357.00
17-Nov-2008 SVG GIRO CR RM200.00
17-Nov-2008 FUND TRANSFER TO A/C RM3,000.00

RM38.22 bayaran pertama yang saya terima setelah activate odbb. Bayaran terus masuk akaun. TQ.

Sunday, December 7, 2008

SALAM AIDILADHA

BUAT SEMUA PENGUNJUNG BLOG KAK JAYN

Friday, December 5, 2008

TAKZIAH KEPADA MANGSA RUNTUHAN




BUKIT ANTARABANGA

MY DEEPEST TAKZIAH KEPADA SEMUA MANGSA, KELUARGA DAN KENALAN YANG TERLIBAT. WALAUPUN SAYA TAK MENGENALI ANDA, TETAPI RASAHATI SAYA TETAP MERATAPI APA YANG KALIAN RASAKAN. WE ARE HUMAN. TAK KIRA BANGSA, AGAMA DAN DI MANA KITA BERADA - HUBUNGAN KEMANUSIAAN TETAP ADA.

SEMOGA TABAH MENGHADAPI KEPERITAN INI. TIDAK ADA YANG LEBIH SAKIT DARI KEHILANGAN ORANG YANG KITA SAYANGI. SEMOGA SAJA MASA DAPAT MENGUBATI SEDIKIT KESEDIHAN ITU.
HULU SELANGOR: Syarahan agama menasihatkan anak ketiganya supaya tidak melewatkan waktu Isyak dengan amaran akan dihumban ke neraka adalah detik pilu terakhir buat seorang bapa apabila anaknya itu maut sejurus banglo didiami ranap ditimbus tanah runtuh, awal pagi semalam.Mangsa, Roslan Mohd Jani, 49, berkata, malam sebelum kejadian, dia sempat menasihati anaknya, Nur Intan Shareena, 9, supaya tidak melengah-lengahkan solat Isyak.“Entah mengapa, saya ketika itu memberi syarahan agama dengan memberitahunya, ‘jika mati sebelum sempat menunaikan sembahyang maka seseorang itu boleh masuk neraka’.“Saya tidak sangka nasihat itu kata-kata terakhir saya kepadanya sebelum dia dan seorang lagi kakaknya Nur Athirah, 16, maut akibat ditimbus tanah runtuh dari lereng bukit di belakang rumah kami,” katanya. Dalam kejadian semalam, lereng bukit setinggi lebih 200 meter tiba-tiba runtuh sebelum menenggelamkan rumah mangsa yang terletak di Lot 110, Jalan Belida 1, Seksyen 13 Hulu Yam Perdana, Mukim Hulu Yam baru di sini.Menurutnya, sebelum kejadian, dia dan isteri, Azizah Madun, 42, bersama tiga lagi anaknya, Norman Afiq, 4, Anis Afina, 6 dan Norlisa Azira, 8, masuk ke dalam bilik utama di bahagian hadapan untuk tidur sekitar jam 11 malam.“Namun Nur Intan dan Athirah ketika itu masih berada di ruang tamu menonton televisyen. Mereka berdua biasanya tidur bersama dalam bilik di bahagian belakang rumah,” katanya. Roslan berkata, kejadian tanah runtuh itu berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran atau gegaran tanah menyebabkan dia, isteri dan tiga anak yang tidur di bilik tidur utama terperangkap dalam runtuhan.Menurutnya, dia yang tidur nyenyak hanya sempat mendengar bunyi dentuman kuat sekitar empat hingga enam saat diikuti runtuhan bumbung dan dinding yang menghempap bilik tidurnya.“Dalam keadaan gelap itu, saya dan isteri menjerit sambil meraba-raba mencari Afiq, Anis dan Norlisa yang lesap entah ke mana. Namun usaha saya akhirnya berhasil apabila berjaya mencapai tubuh Afiq dan Anis yang terhumban ke bahagian bawah tingkap bilik.“Pada masa sama. seorang lagi anak saya, Norlisa, terperangkap di bawah runtuhan almari dan tidak dapat dikeluarkan. Bagaimanapun dia masih mampu bersuara dan memberitahu tidak sakit atau cedera,” katanya.Menurutnya, dia kemudian cuba mencari telefon bimbit bagi mendapatkan bantuan kecemasan, namun usaha terbabit gagal.Roslan yang juga juruterbang syarikat Penerbangan Firefly berkata, pada masa sama, dia cuba mencari jalan keluar, namun gagal berikutan pintu bilik tidur juga hilang. Namun kami bernasib baik kerana isteri menemui lubang kecil di atas bumbung sebelum memanjatnya.“Dia yang berjaya menyusup keluar menyelamatkan diri kemudian membantu saya memapah Afiq dan Anis sebelum anak kami itu diletakkan di jalan di hadapan rumah.“Isteri saya kemudian meredah runtuhan tanah terbabit yang menutupi jalan menaiki rumah kami sebelum mendapatkan bantuan kakitangan Rock Resort yang terletak di bawah bukit,” katanya yang menyelamatkan diri dengan hanya memakai kain sarung.Menurutnya, kira-kira 30 minit kemudian beberapa kakitangan Rock Resort datang memberi bantuan awal dan berjaya mengeluarkan Norlisa yang terperangkap.“Pada masa sama, saya berulang kali menjerit nama Athirah dan Nur Intan yang masih terperangkap di bilik belakang, namun tiada jawapan. Hati saya tambah gusar selepas mendapati runtuhan tanah terbabit menenggelamkan hampir keseluruhan rumah kecuali bahagian hadapan bilik tidur utama,” katanya.Dia yang sudah menetap di banglo terbabit sejak tujuh tahun lalu terkilan kerana Athirah sebelum ini ada menyatakan hasratnya untuk ke Medan, Indonesia, bagi melawat sepupunya yang mengambil kursus perubatan di sana.“Malah dua hari lalu dia ada memberitahu keinginannya untuk mandi laut, namun saya memberitahu keadaan tidak sesuai berikutan hujan kerap turun sejak kebelakangan ini,” katanya.Roslan yang hanya berkaki ayam dilihat sabar menanti operasi mencari dan menyelamat dilakukan anggota Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart).Sebaik usungan jenazah pertama anaknya, Athirah dibawa keluar dari tapak runtuhan, Roslan dengan sebak dilihat mencium mayat anaknya itu berulang kali sambil berkata ‘Abah sayangkan Athirah’.Mayat mangsa kemudian dibawa turun ke kaki bukit oleh pasukan penyelamat sebelum operasi mencari anak ketiga mangsa, Nur Intan diteruskan.Mayat Nur Intan akhirnya ditemui dua jam kemudian sebelum dibawa kepada Roslan untuk pengecaman. Roslan yang tidak dapat menahan sebak hanya mampu mengucup kepala anaknya itu sambil meminta maaf.

Thursday, November 27, 2008

DAH ACTIVATE AKAUN BW ANDA?

Kunjungi HQ ODBB di Plaza Tanjung Aru Kota Kinabalu untuk seberang info terbaru. BTW ada yang bertanyakan sama ada sistem ODBB dah ok kah belum. Untuk info, Kak Jayn pun seperti anda juga - ahli biasa. Saya bukan dalam kedudukan tahu segala urusan dalaman ODBB. Justeru itu untuk dapatkan info yang betul, silalah berhubung dengan HQ terus. Minta maaf jika terkasar bahasa.

Kenapa saya buat ODBB? Tanggungjawab moral pada ahli-ahli Zara Group. Need I say more?

Sunday, November 16, 2008

18-22 NOVEMBER 2008 (JAKARTA)

From 18-22 Nov 2008 saya akan berada di Jakarta. So sebarang urusan atau kemusykilan tentang ODBB, sila berhubung terus dengan Main Office ODBB di Plaza Tanjung Aru dan berjumpa dengan Mr. Danial.