http://dreambizteam.blogspot.com/2008/12/facts-that-u-might-want-to-know.html
Saya juga bersimpati dengan Mr Danial. Saya tahu apa yang beliau alami. Saya alami benda yang sama. Malahan saya terima sms, call dan email dari KL, Brunei, Sarawak, Singapore, Indonesia bertanyakan BW macamlah BW ini saya yang punya.. Bukan saya tidak simpati dengan nasib yang semua ahli BW alami kerana duit saya sendiri hampir RM80,000 sangkut dalam cash wallet. Saya, Tom, Melvin, Maureen dari Kamal Group tekad mahu menjayakan ODBB agar dapat membantu downline tetapi sayangnya upline kami hilang entah ke mana. Janji tinggal janji, kamilah yang terpaksa menanggung beban.
Untuk info sejarah penglibatan saya dalam BW ini bermula pd 26 May 2008 dan direct sponsor saya Mr Zakaria (Zack). Dialah juga yang memperkenalkan kami dengan Uplinenya Encik Kamal Black. Kerana Encik Kamal adalah E-Trader, semua pembelian pin untuk register pakej2 besar seperti VIP, Platinum adalah dibeli dari Encik Kamal dan 100% dari ahli di bawah saya belum pernah terima wang tunai dari pendapatan bonus pelaburan mereka. Semua seperti saya stuck dalam cash wallet. Bagi pakej promosi Buy 2 Free 1 platinum yang ada saya tawarkan pula pinnya adalah saya beli dari Mr. T sendiri dan bukannya menggunakan pin saya.
Bila BW bermasalah, tinggallah kami "lugai2" dan terpaksa tebalkan muka minta tolong dapatkan info dari Mr Danial kerana upline sendiri entah ke mana. Saya terpaksa cakap terus terang kerana saya pula jadi sasaran. Maaf jika terkasar tapi jika anda tertipu, rasanya duit saya lebih banyak sangkut dalam BW. Hubungilah BOS BW untuk maklumat selanjutnya kerana sedikitpun saya tak tahu tentang cerita BW ini!!!!